Buat Ibu Bapa Siti Nurhidayu yang dikasihi
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Melalui laman ikhlas ini, Naif ingin menyampaikan hajat hati untuk melamar Siti Nurhidayu untuk dijadikan suri hati, teman sejiwa dan pelengkap hidup.
Tarikh Dicadangkan: 6 Jun 2026 (Sabtu) atau 8 Ogos 2026 (Sabtu)
Hantaran Tiga Dulang:
Akad Nikah: 6 Disember 2026 (Ahad)
Majlis Bersanding: 20 Disember 2026 (Ahad)
"Awal persediaan untuk tahun baru bersama"
Akad Nikah: 20 Februari 2027 (Sabtu)
Majlis Bersanding: 27 Februari 2027 (Sabtu)
"Awal tahun penuh keberkatan bersama"
Naif sedia menerima pandangan dan cadangan ayahanda & bonda sekeluarga
Naif telah mengkaji beberapa pilihan rumah sewa berdekatan tempat kerja Hidayu demi keselesaan, keselamatan dan kemudahannya. Lokasi strategik dengan akses mudah ke tempat kerja, pasar raya dan kemudahan awam.
Dana kecemasan telah disediakan khusus untuk keperluan luar jangka dan kesihatan Hidayu. Naif komited untuk memastikan Hidayu sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan terjamin.
Sebagai tanda ikhlas dan hormat Naif kepada keluarga ayahanda dan bonda, untuk digunakan sepenuhnya bagi persiapan majlis perkahwinan.
Berhajat untuk menjadikan modal rumah sewa bagi keselesaan Siti Nurhidayu di masa akan datang. Dengan itu, aliran kewangan kami lepas kahwin semakin stabil dan tidak terbeban dengan hutang.
"Naif berjanji akan berusaha sepenuh hati untuk memastikan Hidayu memasuki alam rumah tangga dengan penuh keselesaan, kasih sayang dan dilengkapi dengan segala keperluan asas yang mencukupi."
"Dengan tawakkal kepada Allah SWT, Naif berjanji akan menjaga amanah ini dengan penuh tanggungjawab, memberi kasih sayang sepenuh hati, dan membimbing rumahtangga kami ke arah keredhaan Ilahi."
Dengan penuh hormat dan ikhlas,
Naif